Cerpen: Hingga akhir nafasku ini Part 5
“Mak, selamat hari jadi! Mak, orang ada bawak awek orang ni. Orang nak kenalkan dia kat mak. Kejap ye” Aku terus memandangnya. Berguraukah dia? Dia menmberi telefonnya kepadaku.
“Ni mak orang. Cakaplah. Hari ni hari jadi mak tau. Nyanyikan untuk mak cepat.” Aku dengan perasaan yang nak percaya atau tidak terus mengambil telefonnya dengan penuh gementar lantas dengan lambat-lambat aku letakkan telefon ke telingaku.
“Assalamualaikum mak cik.”
“Waalaikumsalam. Ni awek Ash ke? Nak panggil apa ni?”
Lidahku kelu serta merta. Apa harus aku cakapkan padanya? Ahhh jujur itu yang baik bukan?
“Ha ya mak cik. Saya awek Ash. Saya Maryati. Oh ya Mak cik, selamat hari jadi ya”
“Mak! Ni Awek orang ni nak nyanyi lagu untuk mak!” jerit dia dari jauh.
Aduh! Apa kes la pakwe aku ni. Memang kes mendera ni. Isyhhh.. harap-harap mak dia tak dengar.
“ Ha.. nyanyi la. Mak cik nak dengar ni,” bicaranya penuh ramah.
Errr... patut ke tak patut ni. Dua lawan satu ni. Mana adil! Ohh tidakkk...
“errr... Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Maaakkkk cikk
Allah selamatkan kamu.”
Pastinya merah padam muka ku.
Aku dapat lihat dia tergelak besar sambil memegang perutnya. Ohhhh gelak kan orang ea.. Geramnyaaaa!!
“Wahhh.. terima kasih Mar. jaga diri baik-baik ya. Mak cik suka berbual dengan kamu.”
Akhirnya selepas disoal selidik oleh mak nya kami mematikan talian. Fuhh!! Lega!!
Aku memandang wajahnya. Tak habis lagi gelak ea? Jariku terus menuju ke perutnya lalu mencubit sekuat hati. Dia menjerit kesakitan. Haaa. Padan muke.. tu laa.. kenekan orang lagi! Aku pula yang tergelak melihat mukanya yang tengah menahan kesakitan itu. Aku tidak boleh lama di situ kerana aku harus pulang ke rumah yang jaraknya mengambil masa 4 jam dari situ. Sungguh rasa seperti sekejap berjumpa dan aku harus beredar. Bas yang aku ingin naikki telah pun tiba. Aku lihat mukanya suram begitu juga aku. Dia tidak melepaskan tangan aku. Aku tahu berat hatinya untuk melepaskan aku pergi. Aku cium tangannya tanda hormat padanya. Dia mengusap kepalaku tanda kasihnya padaku. Dia menghantar aku pulang dengan ekor matanya. Dia sempat berpesan “By, jaga diri baik-baik ea. Tak nak gatal-gatal tau!” Aku mengangguk tanda faham dan tersenyum. Dan kami terpisah buat seketika.
Kami jalani kehidupan seperti biasa. Sering menghubungi antara satu sama lain. Sungguh aku tak pernah bosan bila bersamanya. Dengan setiap masa kami menghantar mesej berborak ditalian pasti ada saja topik yang dibualkan. Bagiku cinta jarak jauh tidak pernah membataskan kita untuk menyintai satu sama lain. Kami saling mempercayai dan kami jarang bertegang urat. Jika ada pun pastinya saat itu jua akan berbaik semula. Dia pandai bermain gitar dan dia sering memainkan gitar untukku. Aku paling meminati orang yang pandai bermain alat muzik itu. Dan bila aku mendapat tahu dia juga pandai aku sangat gembira.
Suatu hari sedang kami berbual dia memberi kejutan untukku. “By, bo ada sesuatu nak by dengar ni. I’ve made a first song and this song i dedicate just for you my love”
Aku terdiam. Mimpikah aku? Aku menepuk-nepuk pipi ku. Mungkin mimpi ni!
“By? Dengar tak ape bo cakap ni?”
Eh? Kenape suare die ade lagi ni??
“Ha?? Apa dia bo?” seperti orang bodoh aku bertanya padanya.
“Oke... Just listen here. Tajuk dia Bidadari.
Dia mula memetik gitarnya. Aku dengar dengan penuh semangat. Tak mimpi la woi!!
Bidadariku
Ayuh kita ke syurga
Menggapai semua impian
Yang telah kita janjikan
Akan ku curahkan
Seluruh kasih dan cinta
Agar kau sentiasa bahgia
Hingga ke hujung nyawa
Jangan kau meragu
Hilangkan semua resah
Cintai diriku
Bersama kita berdua
Pergh!! Romantiknya dia ni... Sumpah sedap! Aku terus menepuk tangan seperti orang gila.
“Sedapnya bo.. By suka sangat! I love you so much dear!” luahku ikhlas.
“Ni first time tau bo buat lagu. Tak pernah langsung buat sebelum ni. Semua sebab kamu my cayang. I love you too so much”
Hari demi hari kami semakin erat. Langsung tak berenggang. Orang lain kalau bercinta semestinya berjumpa, makan bersama, menyambut hari-hari istimewa bersama-sama. Aku tak mampu semua itu. Jarak jauh antara kami sering menjadi penghalang untuk kami bersua muka. Boleh dikatakan dalam setahun lebih kami bersama tak sampai 10 kali kami berjumpa. Tapi aku tak kisah semua itu. Aku terlalu percayakannya. Hidupku kini hanya untuknya. Hati ku ini penuh dengan cintanya. Dia selalu mengajarku erti kehidupan di muka bumi ini. Mengajar aku erti jujur, setia, dan matang. Sungguh aku berubah menjadi yang lebih baik. Setiap kata-katanya penuh bermakna buatku.
Sudah lama aku tak bertemu dia. Aku terlalu rindukan dia. Aku tahu dia jua begitu. Kami merancang untu berjumpa dan lokasi pertemuan kami kali ini di Lost World of Tambun. Wahhh!! Ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana. Perasaanku saat itu? Ahhh semestinya teruja! Kami mandi bersama-sama dan alangkah terkejutnya pabila dia menolak rambutku dan lantas membisikkan kata-kata keramat ‘I love you’. Aku dengar dengan jelasnya. Nafasnya. Sungguh aku bahagia saat itu. Kalau boleh nak meloncat-loncat. Tapi aku diam seribu bahasa. Aku menahan gemuruh di hatiku. Dia pandang wajahku. Aku tertunduk malu. Muka dia berubah. Aku tahu dia pastinya mengharapkan balasan dariku. Dia terus berjalan, mungkin dia berkecil hati dengan sikap ku. Aku terus mendakapnya lalu aku menjungkitkan kaki ku supaya sampai ke telinganya “I love you to laaa” sambil aku tergelak. Sungguh aku bukannya seorang yang romantic. Tapi jauh dalam hatiku mahu meluahkan lagi segala isi hati ini. Dia pandang wajahku dan tersenyum penuh bahagia.
Dia seorang yang amat menghormati orang tua dan sangat peramah. Jadi tidak hairanlah jika keluargaku begitu menyenangi dirinya. Ayahku yang tak pernah suka aku mempunyai hubungan dengan lelaki. Tetapi bila bersamanya ayahku merestui hubungan kami. Ayahku yakin bahawa dia mampu menjaga aku. Ibuku sudah awal-awal lagi memberitahu yang dia adalah anak angkat ibuku. Abangku yang dulu pendiam dengan ku dan jarang mengambil tahu tentang kisah hidupku terus menjadi peramah dengannya. Jujur aku katakan mukanya iras-iras muka abang ku. Bukan aku yang perasan sendiri, tapi ramai yang berkata demikian. Ada juga kata aku dan dia seperti adik beradik. Adikku pula, setiap hari jika aku sedang berbual dengannya pasti adik ku menyibuk mahu bercakap juga.
By... I love you really much. No digits in this world could count up all mu love to you sayang. I want you to be my wife in the future so then we can spend our life together. By i really grateful to meet with you. You are my breathe, every step I make ahead, it’s just only for you. Thanks for being my girl and give me chance to be your boy. Hope our relation will be forever. ~your lover... Bobo~
Aku tersenyum sendirian tatkala membaca mesej-mesejnya. Dia sungguh romantic walaupun pada dasarnya dia berperwatakan seperti budak-budak. Ahhh.. aku terlalu menyintai dirinya dengan seluruh hidupku. Aku berjanji dia yang terakhir dalam hidupku. Aku mahu bersamanya sehingga hujung nafasku.
~Bersambung~
Quote:. Meeting you was fate, becoming your friend was a choice but falling in love with you I had no control over.



Comments