Cerpen: Hingga akhir nafasku ini Part 2



Aku mencapai telefon bimbitku yang berada di atas katil. Ummm. Mana pulak pergi dia ni. Tak contact aku pun? Orang lain pun sibuk jugak. Aku mencari nama ‘Bie’ di dalam name list di dalam telefon ku. Mana dia ni? Kenape dia tak anggkat call aku? Dah berapa lama dia senyapkan diri, tak contact aku langsung. Aku buka kembali lagu yang pernah dia nyanyikan pada ku sewaktu ketika dahulu .‘Selamat ulang tahun sayang’. Terbuai seketika bila mendengar suaranya. Tapi kenapa aku tak sepenuh menyayangi dia? Kerana aku ragu-ragu terhadap dia? Ya bagiku agak sukar untuk menyayangi seseorang dengan sepenuh hati ini. Tak tahu kenapa. Mungkin belum sampai waktunya aku berperasaan sebegitu.

“Mar, maaf sebab ganggu malam-malam ni. Mar, i rasa kita tak boleh pergi jauh lah. I rasa i tak mampu nak bahagiakan u. I minta maaf. U carilah boy lain yang boleh jaga u. I terpaksa undur diri. Im so sorry” itu lah ayat yang terakhir yang dia luahkan padaku. Sedih? Mestilah. Namun sedikit air mata langsung tidak mengalir di pipi ku. Aku sudah mengagaknya dari awal-awal lagi. Aku yakin dia punya orang lain. Pernah sekali aku terlihat dia berpelukan mesra dengan seorang gadis yang aku tak kenali. Adakah itu kekasih barunya atau dia hanya berlakon semata-mata untuk menghayati watak yang akan dia persembahkan nanti di pentas? Atau aku sebenarnya bodoh kerana tak tahu menilai yang baik dan buruk?  Walaupun hatiku tak sepenuh menyayanginya naman aku sedikit pun tak tergamak untuk berbicara tentang perpisahan. Kenapa ya lelaki ni suka permainkan cinta? Semudah itu kau luahkan yang engkau cinta dan semudah itu juga kau ucapkan kata putus?

Termenungku seketika di anjung rumahku melihat langit yang gelap dihiasi dengan kerlipan bintang-bintang yang bertaburan di sana sini. Lega rasanya bila melihat panorama itu. Luas. Terasa bebas. Kadang-kadang tu rasa nak pergi saja ke langit dan teringin rasanya duduk di kepulan-kepulan awan yang pelbagai bentuk itu. Hahahaha... itu lah angan-angan mat jeninku semasa kecil dahulu. Kepulan awan itu ku fikirkan keras dan boleh berjalan-jalan di atasnya. Namun semakin aku membesar barulah aku mengerti awan tu hanyalah kabus dan tak mampu ditakluki. Seperti itukah cinta? Pabila kita mengidam-idamkan seseorang dan teringin untuk berdamping dengannya mampukah kita takluki hatinya? Mampukah dia memberi sepenuh hatinya untuk diri kita? Dan mampukah dia menyayangi kita hingga akhir hayatnya? Ibarat awan yang mempunyai bentuk yang besar namun tak selamanya bentuk itu akan kekal sampai bila-bila. Semakin lama ianyanya semakin mengecil dan hilang. Adakah cinta juga begitu? Sesungguhnya terlalu sukar untuk mencari cinta sejati dan diriku? masih belum bertemu ‘Perfect match’ untukku sendiri. Mungkinkah suatu hari nanti?

~Bersambung~

 Quote:. Clouds may come, but clouds must go, and they all have a silver lining. For behind each cloud you know, the sun or the moon is shining. 


Comments

shaq said…
ade bape part ny mar ?
Cik Mar said…
hahaha... banyak... upload sikit2 bg orang senang bace.. ^^ in not good in making story, but i'll try.. hope enjoy it ya.. ^^

Popular Posts