Kau kata
Kau mahu dengan dunia kau...
Bukan bersama aku...
Kita jauh berbeza...
Entah... Aku tak pasti semua itu...
Kau kata...
Kau senang dengan cara kau...
Tanpa menghiraukan perasaan aku...
Kau hanya bangga dengan ego semakin tinggi dengan riaknya...
Tanpa kau fikir kau akan hilang sesuatu yang penting dalam hidup kau...
Kau kata...
Kau mahu aku fahami kau...
Kau mahu bebas mengenal dunia...
Sehingga kau sendiri tak tahu apa sebenarnya yang kau mahukan...
Sehingga aku tak pasti benarkah itu kau?
Kau kata..
Bukan mudah untuk memilih yang terbaik...
Tapi kau membenarkan aku menghiasi hidup kau...
Dengan luhur aku membenarkan hati ini untuk kau...
Sehingga kau kata "tiada untuk aku"


Comments