kahwin lewat??




Zaman sekarang ni kalau kita lihat semakin menjadi trend perkahwinan di usia yang muda di kalangan remaja. Tapi di sebalik itu, masih juga ada segelintir yang masih belum berkahwin meskipun usia semakin tua. Jika kaum lelaki yang masih belum kahwin orang lain tak berapa kisah sangat. Tapi bagi kita, kaum wanita kalau umur dah melebihi dari 27 tahun pastinya mak kita mulai risau dan pastinya menjadi buah mulut orang. Biasa dengar perkataan ‘andartu’?Anak Dara Tua.
 Pastinya kita impikan kehidupan yang bahagia berdamping dengan orang yang kita cinta. Tapi kadang2 apa yang kita dapat tak sama dengan apa yang kita impikan. Bercinta bagai nak rak tapi bila tiba saat nak bernikah tiba2 tak jadi. Kenapa? Sebab tu bukanlah jodoh kita. Sedih? Kecewa? Ya. Itu yang pasti.
 Bila aku fikirkan tentang diri aku, kekecewaan aku dulu, aku masih beruntung sebab Allah pisahkan aku dan dia sebelum kami melangkah lebih jauh berbanding dengan orang lain yang ada tu sehari sebelum nak kahwin pun boleh batal. Setiap apa yang Allah turunkan pada kita pasti ada sebab dan hikmahnya. Allah berikan kita untuk bercinta tapi cinta itu hanya separuh jalan pastinya Allah mahukan kita menjadi insan yang lebih matang dan yang pastinya Allah ciptakan orang yang lebih baik dari apa yang kita dapat. Jadi, ingat 1 je dia bukan yang terbaik untuk kita!
aku tertarik dengan kata2 Dato’ Fadzilah Kamsah. Dia kata kalau kita nak berdoa kat Allah bukakanlah dan luaskanlah doa kita. Contohnya “Ya Allah, kau temukanlah aku jodoh dengan orang yang baik2.” Ternyata aku silap dulu. Aku pernah berdoa “Ya Allah, kau satukanlah aku dengan ***.” Dato’ kata itu satu kesilapan kita. Kita seolah2 memberi arahan dan macam memerintah kepada Tuhan kita untuk dapatkan sesuatu sedangkan kita ni hanya makhluknya.
Untuk pengetahuan korang anggaran 80% ke 90% jodoh kita sebenarnya ada dekat dengan kita dan di sekeliling kita. Cuma kita tak Nampak atau memang kita tolak walaupun hakikatnya dialah jodoh kita.



Jadi macam mana nak timbulkan rasa cinta? Di sini aku dapat serba sedikit petua yang aku ambil dari Dato’ Fadzilah Kamsah ~ selami jiwa

·         Jadikan diri kita magnet cinta. Ini bermakna kita harus timbulkan rasa cinta sebab kalau kita mahu cinta, maka cintala ia. Tapi kalau kita rasa benci, jadi bencilah dia.

·         Betulkan diri kita. Buang sifat yang tak elok dalam diri kita. Contohnya, kita tahu kita ni ego mak datok ai! Dah macam same dengan klcc! Tapi tak nak berubah. Macam mana nak kekal dalam setiap hubungan?

·         Bukakan doa kita. Macam yang aku cakap tadi jangan kita spesifikan orang. Kalau dah memang tertulis dia bukan jodoh kita tapi kita nak jugak kan itu melawan takdir?

·         Jangan patah semangat. Sebab Tuhan benci orang yang patah semangat. Yang mudah putus asa. Apa yang berlaku anggap itu satu ujian dan bukan jadi fobia.

·         Pastikan yang kita benar2 bersedia. Kadang2 tu kita nak keluar nak cari jodoh katanya. Tapi fizikal dan rohani kita masih tak lengkap. ‘not in your best’. Pastikan kita bersedia setiap masa.

·         Buka hati dan buka minda untuk bercinta. Kadang2 tu bila dah putus cinta terus tak nak lagi bercinta. Dan pernah juga aku dengar “Alah jodoh kat di tangan tuhan” memang jodoh tuhan yang tentukan tapi adakah jodohkita ni datang bergolek tanpa usaha? Jadi pastikan kita ikhtiar dan bersungguh2 nak mencari jodoh. Insyaallah Allah pasti akan permudahkan kita.





Kalau kita punya masalah kita rasa besar sangat masalah tu sampai kita tak tertanggung dengan keupayaan kita. Tapi bila kita dekat dengan Allah, kita rasa masalah kita ni hanya sebesar zarah je. Jadi kita lahir atas kehendaknya, kita hidup pun atas kemahuannya, kita mati juga atas ketentuannya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang kita rasa walaupun kita sembunyikan dari sesiapa pun. Ingat kalau kita rasa tak ada orang yang sayang kita, kita silap sebab masih ada yang menyayangi kita... Allah yang Maha Esa.

p/s: aku masih berusaha untu membuka hati untuk bercinta. Aku yakin cinta bukannya 1 kesedihan selamanya tapi ianya satu perasaan yang indah dan sukar untuk diluahkan dengan kata2. Insyaallah.
Maryam! harus bangkit semula! Chayok3!!

Comments

Unknown said…
so linx..
tgu ape lg...
bangkit cpt..heheh..=))
Cik Mar said…
wawawa...
kueh bangkit kahh. hihihi

Popular Posts